
Season Pass adalah salah satu perkhidmatan terkini yang disediakan untuk pelanggan prabayar ONEXOX. Ia merangkumi pakej kuota data, masa berbual dan sms.
Apa itu Season Pass ?
- Ia adalah umpama bank yang menyimpan kuota data, masa berbual serta sms.
Tempoh sah data ?
- Tempoh sah kuota data hanya akan mula dikira apabila pengguna MENGELUARKAN dari simpanan.
- Jangka hayatnya mengikut jumlah kuota yang dikeluarkan, sama seperti pakej biasa jualan data.
- Contohnya pelanggan membuat langganan internet 1GB. Maka tempoh sah langganan data itu adalah 30 hari.
Data akan ditamatkan setelah mencapai 30 hari penggunaan. Dalam waktu berkenaan selagi masih ada baki kuota data, pengguna boleh terus menggunakannya.
Pelanggan biasanya akan menerima SMS peringatan setelah 80% penggunaan dan anda juga akan menerima SMS 100% penggunaan atau dalam masa 24 jam sebelum tempoh masa langganan tamat.
Selepas pelanggan melanggan Plan Season Pass adakah data terus boleh digunakan?
- Tidak. Data di dalam SEASON PASS perlu diaktifkan terlebih dahulu.
- Untuk mengaktifkan Data di dalam SEASON PASS, anda hanya perlu membuat langganan pelan internet yang terdapat di dalam Easy Menu *150#.
Sebagai contoh; anda ingin melanggan internet 500MB, jadi anda perlu memilih langganan pelan internet 500MB/30 hari yang terdapat dalam Easy Menu *150#.
Setelah berjaya dilanggan, barulah data tersebut aktif dan internet boleh digunakan.
Baki Data yang ada di dalam SEASON PASS masih lagi disimpan dan bersifat tidak aktif. Bagi masa berbual dan SMS pula, ianya terus aktif dan terus boleh digunakan.
Ini bermaksud setelah SEASON PASS dilanggan, jika langganan tersebut terdapat Masa Berbual dan SMS, ianya akan digunapakai terlebih dahulu manakala kredit sama ada dalam akaun DA atau MA tidak ditolak selagi Masa Berbual dan SMS masih ada berbaki di dalam akaun SEASON PASS.
Secara mudahnya, hanya Kuota Data sahaja yang bersifat tidak aktif selagi pengguna tidak membuat langganan plan internet.
Pakej langganan Season Pass boleh dibeli dengan memilih pakej sedia ada (kuantiti besar) ataupun menunggu dan memilih promosi mingguan yang mempunyai kuantiti yang lebih kecil.
0 comments:
Catat Ulasan