• Laman utama
  • Tentang OneXOX
  • USER GET USER (UGU)
  • Langgan ONEXOX
  • Soalan Biasa
  • TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail

ONEXOX Prepaid Tanjung Rimau

Menyediakan maklumat mengenai penjimatan prabayar dan program keusahawanan Prabayar ONEXOX di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka

    ONEXOX : Prabayar yang membantu anda BERJIMAT - Hubungi Dealer Ahmad Zaki (DYSD21131) - Whatsapp : 012 312 3705
    Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

    15 April 2018

    Menifesto ONEXOX untuk rakyat Malaysia

    9:46 PG  Informasi  No comments

     

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Manifesto dari ONEXOX Sendirian Berhad melalui plan perkhidmatan ONEXOX Prepaid dan ONEXOX Black bukanlah gula-gula pilihanraya tetapi ia merupakan penyelamat bagi rakyat Malaysia secara menyeluruh tanpa keculasan dan ketirisan dalam pengurusan perkhidmatan.

    10 JAMINAN dalam Menifesto ONEXOX

    1.jaminan tamat tempoh masa yang PANJANG (2 tahun 4 bulan pada pengguna baru dan boleh berlanjutan dengan cara tertentu)

    2.jaminan kadar cas masa berbual yang MURAH (9 sen seminit melalui Season Pass)

    3.jaminan langganan data boleh DIBAWA ke bulan seterusnya (melalui Season Pass dan Black)

    4.jaminan 1800 sms PERCUMA sama rangkaian (150 sms setiap sebulan selama 12 bulan)

    5. jaminan kadar cas Voicemail serendah 5sen (10 saat ke bawah)

    6.jaminan TIADA cas-cas tersembunyi dan kehilangan kredit (sekiranya ada keraguan, aduan dan bukti boleh dikemukakan pada pihak syarikat)

    7.jaminan TIADA Throttle speed (tiada sekatan kelajuan walaupun telah mencapai 80% penggunaan data)

    8. jaminan harga simkad serendah RM10 (sekeping kad sim hanya RM10.00 sahaja, dalam akaun ada RM5.00 kredit)

    9. Jaminan langganan data / masa berbual boleh DIKONGSI ke semua nombor ONEXOX (pakej Season Pass)

    10. jaminan KUALITI produk / plan mengikut trending semasa para pengguna (sentiasa ada pembaharuan mengikut keadaan semasa dan keperluan pengguna)

    #pakatkalihterus
    #VoteToOnexox

    Read More

    03 Januari 2018

    Nokia 3310 versi terkini 4G ?

    4:26 PG  Informasi  No comments


    Kita akhirnya dapat menemukan, variasi telefon 4G Nokia 3310 yang direka bentuk semula baru-baru ini. Peranti itu telah dilihat di tapak pensijilan peranti telekomunikasi Cina iaitu TENAA, di samping menunjukkan bahawa ia akan menjalankan sistem berasaskan Android.

    Nokia 3310 asal telah diumumkan pada tahun 2000 dan hampir cukup lama untuk dikenang. Awal tahun ini, HMD Global, syarikat yang kini membuat dan menjual peranti berjenama Nokia, mengumumkan pembuatan semula alat ikonik itu. 3310 yang baru adalah telefon yang datang dengan ciri-ciri yang memodenkan legenda tua ini.

    Seperti yang terdapat pada senarai TENAA, variasi Nokia 3310 4G akan menyokong rangkaian TD-LTE, TD-SCDMA, dan GSM. Ia dilihat dengan penggunaan sistem operasi YunOS, yang merupakan versi asas Android. 

    Untuk makluman, HMD membawa Nokia 3310 2G dengan Nokia Series 30+ OS, manakala versi 3Gnya debut dengan OS Feature berasaskan Java. Tidak jelas sama ada platform baru ini akan menjadi sebahagian daripada varian Nokia 3310 4G global.

    Sama seperti versi asal, Nokia 3310 4G dijangka memaparkan paparan warna QVGA 2.4 inci (240x320 piksel), berserta sensor kamera belakang 2 megapiksel dengan flash LED, penyimpanan onboard 64GB, dan bateri 1200mAh boleh tanggal . Telefon ini akan mempunyai sokongan dua SIM untuk membolehkan penggunaan dua rangkaian. Tambahan pula, ia mungkin mempunyai v2.1 Bluetooth dan Micro-USB - seperti model Nokia 3310 2G dan 3G.

    HMD Global dikhabarkan menjadi tuan rumah acara di China pada 19 Januari untuk memperkenalkan Nokia 9 sebagai perdana baru - bersama Nokia 6 (2018) dan Nokia 8 (2018). Ini mungkin tempat yang sama di mana syarikat Finland akan melancarkan Nokia 3310 4G secara rasmi.

    Read More

    02 Januari 2018

    Ucapan CEO Onexox Sdn Bhd sempena tahun baru 2018

    11:09 PG  Informasi  No comments


    Berikut adalah ucapan ringkas dari CEO Onexox Sdn Bhd (Arie Sham) sempen tahun baru 2018 :

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua ..

    Berakhir sudah tahun 2017 dan ianya tahun yang sangat mencabar bagi syarikat telco kerdil seperti ONEXOX yg kini masuk tahun ke 4 beroperasi . Dgn jualan sebanyak 165 juta ringgit pada tahun ini ianya suatu pencapaian yg membanggakan bagi kami . 

    Seperti yang diduga tahun ketiga rangkaian perniagaan baru ONEXOX menjadi tumpuan pesaing pesaing yang ada dan ianya pekara biasa di dalam perniagaan yg penuh cabaran ini . Untuk bersaing dengan syarikat syarikat yg mempunyai modal ratusan juta ringgit sebagai marketing strategies mereka kami berjaya mengekalkan perbelanjaan yang minimal supaya rangkaian perniagaan kami dapat imbuhan yang stabil dan semakin meningkat . 

    Kejayaan kecil ini tidak akan dicapai tanpa ONEXOXians yang bekerja keras sepanjang tahun dan terus berusaha memertabatkan visi dan misi syarikat .

    Terima kasih saya ucapkan dan kami akan terus berusaha perbaiki kelemahan yg ada dan akan terus memastikan jaringan perniagaan kami terjaga insyallah ...

    Terima kasih sekali lagi dan jom kita jadikan 2018 sebagai tahun yang gemilang untuk kita semua

    Read More

    01 Januari 2018

    Teknologi komunikasi 4G dan LTE

    11:32 PG  Informasi  No comments


    Semasa anda melihat promosi alatan mudah alih telekomunikasi, biasanya singkatan-singkatan seperti CDMA, 3G, GSM, LTE, UMTS, 4G, NFC dan sebagainya akan muncul untuk menerangkan fungsi-fungsi yang ditawarkan padanya. Tidak ketinggalan, terma seperti 4G dan LTE turut diuar-uarkan sebagai salah satu fungsi yang ditawarkan pada sesetengah telefon pintar.

    Secara ringkasnya, huruf “G” yang di dalam 4G membawa maksud “Generasi”. Ini kerana 4G merupakan generasi keempat di dalam perubahan teknologi data mudah alih menurut sektor radio Kesatuan International Telecommunication Union (ITU-R). Manakala LTE pula adalah singkatan untuk “Long Term Evolution” dan dirujuk secara amnya pada pembangunan kelajuan jalur lebar tanpa wayar untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

    Apa itu 3G?


    Apabila rangkaian 3G mula dilaksanakan, ia telah menggantikan 2G. Protokol rangkaian yang ditawarkan oleh 2G adalah tahap rangkaian asas yang kini dianggap perlu ada pada mana-mana telefon pintar seperti fungsi membuat panggilan telefon, permesejan teks asas dan MMS.

    Melalui pengenalan 3G, format data yang lebih besar dapat diakses termasuklah halaman HTML biasa, video dan muzik. Kelajuannya masih lagi dianggap sebagai perlahan, tetapi jauh lebih baik berbanding sambungan 2G yang digunakan sebelum itu.

    Apa itu 4G?


    ITU-R telah menetapkan piawaian sambungan 4G pada bulan Mac 2008. Bagi kegunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, kelajuan sambungan yang perlu dipatuhi sekurang-kurangnya 100 MB/s dan untuk stesen pemancar pula perlu sekurang-kurangnya 1GB/s.

    Sewaktu piawaian ini diumumkan, ramai yang tidak menyangka ianya boleh dicapai memandangkan kelajuan berkenaan pada kebiasannya digunakan oleh para pembangun teknologi. Namun, lama-kelamaan pembangunan teknologi sambungan mudah alih telah pun ada yang mampu mencapai apa yang telah ditetapkan oleh ITU-R sebagai 4G.

    Apa itu LTE?


    LTE membawa maksud “Long Term Evolution” . Ia tidak ditakrifkan sebagai teknologi kerana dan ia lebih merujuk kepada usaha ke arah 4G. Oleh itu, apabila telefon pintar anda memaparkan simbol 4G pada sambungannya, ia tidak semestinya mampu mencapai kelajuan yang telah ditetapkan oleh ITU-R.

    Hal ini kerana pada peringkat awal pembangunan rangkaian 4G, tahap minima kelajuan 4G sebenar yang ditetapkan oleh ITU-R adalah sukar untuk dicapai. Sungguhpun syarikat-syarikat teknologi membuat pelaburan yang besar untuk membangunkan teknologi sambungan berkenaan.

    Untuk itu, badan piawaian berkenaan telah bersetuju untuk membenarkan LTE dilabelkan sebagai 4G. Asalkan kelajuan yang ditawarkan jauh lebih baik dari sambungan 3G.

    Oleh sebab itu, penyedia-penyedia rangkaian mula memasarkan rangkaian mereka sebagai 4G LTE tanpa perlu mematuhi syarat minima untuk mencapai tahap 4G yang sebenar.

    Tambah mengelirukan lagi, terma LTE-A (Long Term Evolution Advanced) turut digunakan oleh sesetengah penyedia rangkaian untuk menyatakan tahap teknologi yang ditawarkan mereka kini semakin hampir mencapai tahap kelajuan 4G sebenar. Bezanya dari LTE biasa adalah, ianya lebih pantas dan lebih stabil.

    Kelajuan


    Jadi soalnya, adakah kita dapat merasai perbezaan kelajuan diantara 4G dan LTE? Mungkin tidak ada perbezaan diantara kedua-duanya melainkan anda tinggal di bandar-bandar utama yang berpenduduk ramai seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan sebagainya.

    Namun, melalui kehadiran LTE-A, kelajuan yang ditawarkan oleh teknologi rangkaian terkini ini merupakan sambungan rangkaian tanpa wayar terpantas yang mampu ditawarkan setakat ini.

    Kesesuaian sambungan

    Syarat sah rangkaian 4G memerlukan dua komponen; pertama, rangkaian yang menyokong kelajuan yang diperlukan dan yang kedua, peranti yang boleh bersambungan ke rangkaian serta memuat turun pada kelajuan yang telah ditetapkan.

    Ini bermakna, jika anda memiliki telefon pintar yang dilengkapi sambungan 4G LTE, ia tidak menjadikan anda terus mampu memuat turun pada kelajuan 4G sekiranya rangkaian disekitarnya tidak menawarkan sokongan untuk sambungan berkenaan.

    Pilihan terbaik untuk pengguna prabayar di Malaysia


    Langkah berikutnya


    Pada masa ini, terdapat penyedia-penyedia rangkaian yang sedang giat mengusahakan sambungan jalur lebar mudah alih generasi kelima. Ringkasnya 5G. ITU-R juga sedang merangka draf untuk menetapkan piawaian yang perlu dipatuhi untuk ditakrifkan sebagai 5G.

    Berdasarkan apa yang telah berlaku pada perkembangan teknologi 4G, berkemungkinan besar teknologi 5G ini akan hadir seawal tahun 2020. Atau mungkin lebih lewat lagi bergantung kepada tahap sejauh mana perkembangan teknologi jalur lebar tanpa wayar mencapai tahap kemajuannya.

    * Sumber : AAP

    Read More

    20 Ogos 2017

    Centre dan Mini Centre OneXOX di Kedah

    7:58 PTG  Informasi  No comments


    CENTRE :

    ONEXS005,
    NO. 197, JALAN MELOR 1/6,
    PERSIARAN AMANJAYA 5, BANDAR AMANJAYA,
    08000, SUNGAI PETANI, KEDAH

    Nombor Telefon : 010-8368636

    CENTRE :

    ONEXS0041,
    C MART, LOT 6, JALAN INDUSTRI DARULAMAN 1, BANDAR DARULAMAN,
    06000, JITRA, KEDAH,

    Nombor Telefon : 01120763006 / 0103111718

    MINI CENTRE :

    ONES0072, NO 7, KOMPLEKS ANGSANA,
    06300, KUALA NERANG, KEDAH.

    Nombor Telefon : 010-3232782 / 013-4761818

    MINI CENTRE :

    ONES0052, NO 16,TINGKAT ATAS JALAN MAHSURI 1-C,
    BANDAR DARULAMAN,
    06000, JITRA, KEDAH.

    Nombor Telefon : 0111-3000757 / 04-9172597

    MINI CENTRE :

    ONES0108, LOT 4500 (DEPAN SMB),
    KAMPUNG POKOK SENA , 09100, BALING, KEDAH.

    Nombor Telefon : 0106029888

    Read More

    28 Julai 2017

    XOX make move to Indonesia

    6:39 PTG  Informasi  No comments

    XOX partners telco, Islamic charitable body to take Voopee to Indonesia


    KUALA LUMPUR (July 28): Virtual mobile network operator XOX Bhd is partnering an Indonesian telecommunication services company (telco) to take its Voopee mobile solution to Indonesia.

    In a filing with Bursa Malaysia today, XOX said its wholly-owned subsidiary XOX Media Sdn Bhd has entered into a memorandum of understanding (MoU) with telco PT Inovasi Telematika Nusantara and Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) to conduct a study, with plans to deploy the Voopee solution under the Nahdlatul Ulama branding to be adopted by PBNU members.

    PBNU is an Islamic charitable body funding schools and hospitals, as well as organising communities to help alleviate poverty.

    XOX said the MoU will remain in force for six months or until a commercial agreement is entered between the parties.

    "The MoU is not expected to have any material effects on the share capital and shareholding structure of the company. However, it is expected to have positive contribution to the earnings per share and net assets per share of the group should the MoU be subsequently commercialised," it added.

    At 3.32pm, XOX shares were up 0.5 sen or 4.76% at 11 sen, with 525,200 shares traded, giving it a market capitalisation of RM89.44 million.

    Read More

    21 Jun 2017

    Menabung kredit & point vs menabung data

    2:05 PG  Informasi  No comments


    Dulu menabung kredit dan point dalam prepaid. Sekarang dengan ONEXOX menabung data !

    ONEXOX Sendirian Berhad melalui ONEXOX Prepaid adalah syarikat telekomunikasi (BUKAN PROGRAM RUJUKAN) yang menawarkan pengalaman mengujakan bagi pengguna prepaid yang belum pernah wujud di Malaysia sebelum kemunculan kami pada tahun 2013.

    "JIMAT" adalah perkataan yang begitu sinonim dengan ONEXOX sehingga dibenci oleh sekelompok ejen prabayar yang lain yang MENGUMPAN rakyat Malaysia dengan perkataan "PERCUMA".

    Apa yang ONEXOX tawarkan kepada rakyat Malaysia buat masa ini ?

    Jawapan :

    *Tempoh Sah Kredit 28 Bulan (850 Hari / 2 tahun 4 bulan).

    - Ia akan berlanjutan setiap kali topup kredit dibuat. RM1 bersamaan dengan 1 hari.

    *Kadar Panggilan Serendah 5 sen (10 saat ke bawah)

    - ONEXOX menawarkan kadar panggilan serendah 5 sen (bawah 10 saat) ke semua rangkaian termasuk talian tetap TM. Bila panggilan termasuk “voicemail”, pengguna hanya dicaj 5 sen.

    *Senarai 10 Keluarga & Rakan.

    - Caj panggilan 12 sen seminit atau 6 sen dari 1 ke 30 saat dan 6 sen dari 31 ke 60 saat berikutnya

    - Panggilan caj murah ini ke semua rangkaian termasuk talian tetap TM

    *Kadar SMS Serendah 2 Sen

    - Untuk nombor telefon yang dimasukkan ke dalam 10 Family & Friends

    *Ganjaran 1800 SMS Percuma (150sms x 12 bulan) 

    - untuk sms sama rangkaian
    » opss...ini yang betul² percuma tau, pasti dapat 😅

    *Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Terma “Pay Per Use”

    - “Pay Per Use” bermaksud telco akan kenakan caj mengikut berapa banyak penggunaan kita selepas kuota internet dah habis digunakan. ONEXOX tidak mengenakan “Pay Per Use”. Jadi, tiada risiko kehilangan kredit akibat “Pay Per Use”.

    *Season Pass. Ada promosi tetap dan promosi mingguan

    - Ia ibarat BANK yang menyimpan kuota data, masa berbual dan sms.

    - Untuk gunakan data, perlu hantar arahan sms atau melalui menu *150#

    - Bagi kuota masa berbual dan sms, ia boleh terus digunakan secara automatik

    - Tarikh tempoh sah data hanya akan dikira setelah ia dikeluarkan dari Season Pass. Jika tidak 
      dikeluarkan, maka ia tersimpan untuk tempoh yang lama mengikut tempoh sah akaun prepaid anda.

    *Kredit PERCUMA (ini pun betul² dapat punya, wa tak bohong, wa sembahyang punya olang)

    - Melalui program "User Get User", pengguna yang sedia ada akan mendapat 6% dari nilai topup yang dibuat oleh pengguna lain yang diperkenalkan oleh pengguna itu sendiri.

    - Lagi ramai kenalan atau ahli keluarga yang anda kenalkan kepada ONEXOX, maka lebih banyak kredit yang anda dapat.

    *Peluang perniagaan yang mudah dalam bisnes telekomunikasi

    - Pilih antara modal RM90 atau RM278

    - Berniaga sambil bantu orang berjimat cermat tanpa perlu menyewa kedai

    «»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»

    Pengedar ONEXOX dari Alor Gajah, Melaka {DYSD21131}
    Whatsapp ---» Ol23123705
    atau klik ---» http://Prabayaronexox.wasap.my untuk membuka terus aplikasi Whatsapp anda

    I am :

    - Ex Maxis User 13 years
    - Ex Digi User, 3 or 4 month (maybe)
    - Ex Celcom User, maybe more then 1 years
    - Ex Umobile User, also 3 or 4 month (maybe)

    Read More

    20 Jun 2017

    Tips merembo ONEXOX dari Budi Mulyadi

    6:24 PTG  Informasi  No comments


    Lagi beberapa hari kita nak raya. Di sini ada tips-tips untuk dealer mencari peluang bila beraya balik kampung atau ziarah rumah kawan-kawan. Yang penting kita perlu peka dan prihatin terhadap peluang yang mungkin muncul bila-bila masa.



    Tips untuk merembo ketika di hari raya ini asalnya telah dikongsikan oleh seorang Dealer ONEXOX dari Bintulu, Sarawak melalui group Facebook :


    1) Dah ucap salam bersalam salaman tu, tengok ada wifi ke tidak rumah tu. Kalau ada, buka lah cerita tanya unifi ke stmyx. Bla bla bla then lencong terus ke simkad. 

    2) Balik kampung tu bawa lah simkad sekali. Manalah tahu kot2 line telco lain slow or takde signal ke, time ni la no tak lawa pun org akan beli. 😂😂😂

    3) Standby erecas awal2. Kat kampung xde cdm machine. Takde AD2 n MD2 nak layan utang lama2. 

    4) Lepak dengan member² kampung, kalau line tip top, ikut topik yang dibincangkan, then cari je video yang ada kena mengena dengan topik tu kat you tube, main bola ke, gol cantik ke, arsenal kalah ke. Kalau cerita artis buka la pasal artis, tok lebai buka video ceramah. Contoh je. 

    5) Bila ada mnp, janganlah bagitau user tu 24jam. Cuti panjang tu 5 ari. Nak daftar ok, tp bagitau je proses 5 hari bekerja. Nanti  user marah2 tak jadi mnp. Dah tu marah kat dmt tak proses. 

    6) Ada user toneplus/excel, tunetalk, redone, maxis, tronexus paling senang nak tarik. Layan sampai dapat user² ni. Wajib mnp tone, tune, tronexus, redone dan maxis 😂😂😂.

    Ok selamat berpuasa. Semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan inshaallah. 

    * Yang utamanya ialah kita menyampaikan kalam (maklumat) penjimatan yang ada disediakan oleh prabayar ONEXOX untuk pengguna telekomunikasi di Malaysia.

    Pesanan saya (DYSD21131- Dealer di Alor Gajah, Melaka)

    * Kita berniaga sambil membantu rakyat berjimat. Berniaga ikut sunah. Ini baru betul 😁😊😄


    Kredit : Budi Mulyadi (atas perkongsian tips di Facebook)

    Read More

    15 Jun 2017

    Punca Telefon Pintar / Tablet jadi cepat panas

    6:44 PG  Informasi  No comments


    Peranti elektronik biasanya akan menjadi sedikit panas apabila ianya sedang berfungsi. Ia adalah kesan sampingan yang hampir tidak dapat dielakkan bagi mana-mana peranti, baik ketika sedang dicaskan atau sedang dikendalikan. Ia bukan sahaja melibatkan peranti seperti telefon pintar atau tablet, peranti lain seperti laptop, TV berdefinisi tinggi atau kotak dekoder Astro pun boleh terasa panas apabila disentuh.


    Walaupun peranti elektronik menjadi panas itu adalah normal, tidak bermakna ianya adalah sesuatu yang bagus. Bagi pengguna, menggunakan peranti yang sedang kepanasan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, malah ia akan mewujudkan kebimbangan kalau-kalau ia mampu mendatangkan kecederaan kepada pengguna.

    Menurut kajian, bateri lithium-ion pada kebiasaannya menyimpan 40 peratus cas dan mengeluarkan haba pada sekitar 40 darjah Celcius apabila digunakan. Ia boleh meningkat lebih tinggi lagi jika dibiarkan pada charger seharian seperti yang biasa dilakukan oleh pengguna laptop.

    Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh pengguna telefon pintar apabila berhadapan dengan situasi peranti menjadi panas?

    Terdapat tiga punca utama yang biasa dikaitkan dengan mengapa telefon pintar anda menjadi panas;
    • Isyarat selular yang lemah
    • Beban pemprosesan yang melampau
    • Mengecas bateri

    Isyarat selular yang lemah

    Di Malaysia, isyarat telekomunikasi untuk capaian internet mudah alih oleh syarikat-syarikat telco tidak konsisten. Ia mungkin disebabkan jumlah pengguna telefon mudah alih di Malaysia yang semakin berkembang dan ditambah pula dengan kekangan prasarana di sesetengah tempat terutamanya di kawasan pedalaman.

    Kesannya, telefon pintar atau tablet kita akan berterusan mencari isyarat telekomunikasi hingga memberikan kesan terhadap penggunaan tenaga bateri serta menjadikan peranti lebih cepat panas.

    Malangnya, untuk masalah ini tidak ada lagi penyelesaian secara total melainkan anda perlu menutup sementara penggunaan data selular pada peranti anda.

    Beban pemprosesan yang melampau

    Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel ini, pemprosesan telefon pintar atau tablet mampu menjanakan haba yang agak tinggi pada satu-satu masa. Semakin banyak proses yang dilakukan, semakin panas lah jadinya pemproses itu. Ia juga boleh menjadi panas ketika sedang mendapatkan isyarat selular dari telco atau terdapat aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan pada background.

    Anda mungkin boleh mengurangkan penggunaan pemprosesan peranti anda dengan mematikan sesetengah aplikasi-aplikasi yang dirasakan tidak diperlukan pada tetapan telefon pintar atau tablet anda.

    Mengecas bateri

    Aktiviti mengecas bateri peranti secara umumnya adalah selamat dilakukan jika kena pada caranya. Jika tersalah langkah, seperti menggunakan pengecas tiruan atau yang sudah rosak, ia mampu mengundang bahaya.

    Sebagai langkah keselamatan, cuba elakkan dari menggunakan pengecas tiruan. Biarlah bermodal sikit mendapatkan pengecas yang asli dari pengeluar peranti asalkan anda selamat.

    Kredit : anakaskarpencen.com

    Read More

    26 April 2017

    Aturan penjimatan data telefon iOS

    11:19 PG  Informasi  No comments


    Salam sejahtera.

    Perkongsian untuk user telefon pintar iOS yang kadang kala rasa pelik kenapa data banyak 'GB' tapi belum sampai hujung bulan dah nak habis. Kalau data terkumpul tu sekadar 'MB', memang sekejapan je... Lagi mahal telefon, lagi banyak karenahnya...😅

    Benda ni disebabkan iOS optimization yang guna banyak data untuk benda benda yang sebenarnya tak penting sangat pun macam 'Location-Based Apple Ads, Location-Based Suggestions, Routing & Traffic etc.'

    Semua option boleh di turn off;

    Setting > Privacy > Location Services > System Services

    Boleh dilihat perbezaan sedikit sebanyak untuk penjimatan data jika menggunakan telefon berasaskan iOS. Dengan setting begini dan ditambah lagi dengan penjimatan-penjimatan yang diberikan oleh ONEXOX, pasti telefon anda jadi lebih cemerlang untuk kehidupan anda.

    kredit to Bob SB







    Read More

    17 April 2017

    Prabayar telekomunikasi : Tiga jenis kuota yang perlu difahami

    7:26 PTG  Informasi  No comments


    Tahukah anda, dalam servis prepaid telekomunikasi, ada tiga jenis kuota atau had yang perlu diketahui oleh para pengguna iaitu :

    1) Kuota Kelajuan untuk data 2G/3G/4G)

    - Kuota kelajuan pula adalah yang paling mudah dimanipulasi oleh telco kapitalis melalui iklan-iklan yang mengelirukan. Contohnya, diiklankan data sebanyak 10gb (kuota jumlah) dengan had penggunaan satu bulan (kuota tempoh) .

    Apa yang tidak diberitahu ialah had kelajuan data tersebut iaitu hanya pada kadar 2G bersamaan dengan 64kbps. Apa guna jumlah banyak kalau lembab?


    2) Kuota Jumlah untuk kredit, minit dan data

    - Kuota Jumlah mudah dibaca. Contohnya kalau jumlah kredit dah berkurangan, pengguna boleh nampak dan boleh membuat tambah nilai. Kalau pengguna ada membuat pembelian minit panggilan, baki minit panggilan juga boleh disemak.

    3) Kuota Waktu (tempoh sah penggunaan)

    - Kuota Waktu pula berbeza mengikut telco. Bagi kebanyakan telco, kuota waktu diberikan mengikut jumlah tambah nilai yang dibuat. 

    Contohnya kalau pengguna topup RM5.00, boleh guna dalam masa tiga hari. Selepas tiga hari, pengguna perlu membuat tambah nilai untuk menyambung kuota waktu ini walaupun jumlah kredit masih belum habis. Maka terjadilah fenomena menabung kredit.

    BAGAIMANA PULA ONEXOX?

    ONEXOX telah menawarkan penyelesaian terbaik untuk tiga jenis kuota ini. Untuk kuota jumlah, pengguna boleh topup di mana-mana kedai yang menjual topup. Pengguna juga boleh melanggan minit panggilan melalui pakej Season Pass Voice. Kuota waktu yang diberikan ialah selama 2 tahun 4 bulan. 

    Dalam tempoh ini, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit tanpa perlu menambah nilai untuk menambah kuota waktu. Namun begitu, jika pengguna topup, tempoh sah yang sedia ada panjang itu akan dilanjutkan lagi.

    Untuk kuota kelajuan, semua simkad ONEXOX menyokong rangkaian 4G LTE tanpa sekatan. Pengguna boleh melanggan data mengikut jumlah yang diperlukan dan akan mendapat kelajuan yang sama (mengikut spesifikasi telefon dan kawasan semasa). 😘



    * Credit to :
     - Abbas Ismail Khan (Pengedar OneXOX)

    Read More

    06 April 2017

    Port Out dan Port In semula : Dapat lagi tak tempoh sah 28 bulan?

    10:06 PG  Informasi  No comments


    Untuk makluman dan jawapan muktamad berkenaan dengan persoalan "adakah nombor telefon ONEXOX yang telah "port out" ke telco lain kemudian "port in" semula ke dalam ONEXOX masih boleh mendapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan untuk kali kedua?"

    Berikut di bawah adalah penerangan dan jawapannya :

    1. Pelanggan yang telah dapat tempoh sah 28 bulan (2 tahun 4 bulan) dan kemudian keluar dari ONEXOX (portout) dan masuk semula ke ONEXOX (port in) tak kira SP atau MNP.

    --> Jawapan : Tidak layak untuk mendapat tempoh sah 28 bulan untuk kali ke-2.

    2. Bagi pelanggan nombor baru (SP) jika sekiranya telah terlepas peluang / kelayakan / atau tidak membuat tambah nilai seperti pada syarat-syarat tempoh sah 28 bulan iaitu :

    - Tambah nilai RM10 dalam satu transaksi/resit dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran.

    - Tambah nilai RM50 (terkumpul) dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.

    --> Jawapan : Tidak layak untuk mendapat tempoh sah 28 bulan tersebut walaupun pelanggan keluar (portout) ke rangkaian lain dan kemudian masuk (port in ) semula ke ONEXOX.

    Nota :

    *Kelayakan hanya diberi sekali sahaja (pada nombor yang digunakan)

    *Sistem ONEXOX akan "detect" pada nombor telefon bukan nombor kad pengenalan

    *Maka, jika pengguna ingin menikmati tempoh sah 2 tahun 4 bulan, gunakan nombor ONEXOX yang baru (pendaftaran baru)

    Read More

    05 April 2017

    Signal ONEXOX kadang kala tak ok? Ini sebabnya

    11:47 PG  Informasi  No comments


    Dalam masa beberapa ketika kebelakangan ini, terdapat gangguan pada masa tertentu pada kualiti capaian internet dan signal ONEXOX. Ada beberapa cara bagi menghadapi masalah ini.

    Pertama sekali pengguna ONEXOX perlu memeriksa setting APN di telefon pintar. Cara setting boleh dirujuk pada artikel yang pernah diterbitkan pada blog ini. Klik tajuk artikel di bawah :

    Setkan Access Point Name di telefon pintar


    Sekiranya di kawasan anda mengalami signal yang lemah, anda boleh mengenalpasti terlebih dahulu dengan membuat semakan signal Celcom kerana ONEXOX menggunakan pencawang yang sama. Anda juga boleh buat semakan dengan layari laman dibawah :

    http://coverage.celcom.com.my/CelcomCoverageIIPub/faces/CelcomCoverage.jsp

    Jika Celcom juga mempunyai signal yang lemah, tuan boleh berikan butiran yang kami perlukan untuk kami hantarkan aduan ini kepada pihak Celcom untuk tujuan penambahbaikan. Butiran yang diperlukan seperti di bawah :-

    Subscriber’s phone number: (sila pastikan nombor yang diberikan menetap di kawasan tersebut).

    Location Full address : (Alamat lengkap)

    Landmark: (bangunan/menara berhampiran untuk dijadikan rujukan seperti hospital, sekolah atau lapangan terbang)

    Phone Model: jenis model/nama telefon

    Signal Bar: (2 atau 3 bar)

    Error Message: (mesej yang terpapar contohnya : no signal/ no coverage)

    Date Occurred : (Tarikh gangguan coverage)

    Time Occurred : (Masa gangguan coverage berlaku)

    Cell info displayed on phone :  (3G/2G/E)

    Sila emailkan butiran tersebut ke email cs@onexox.my
    Sebaiknya anda cuba dapatkan 10 nombor yang menggunakan pencawang Celcom supaya pihak Celcom segerakan penambahbaikkan.

    Read More

    02 April 2017

    10 sebab kenapa perlu untuk bertukar ke ONEXOX

    10:58 PG  Informasi  No comments




    1. Tempoh Sah Kredit 28 Bulan (850 Hari / 2 tahun 4 bulan).

    - Ia akan berlanjutan setiap kali topup kredit dibuat. RM1 bersamaan dengan 1 hari.

    2. Kadar Panggilan Serendah 5 sen (10 saat ke bawah)

    - ONEXOX menawarkan kadar panggilan serendah 5 sen (bawah 10 saat) ke semua rangkaian termasuk talian tetap TM. Bila panggilan termasuk “voicemail”, pengguna hanya dicaj 5 sen.

    3. Senarai 10 Keluarga & Rakan.

    - Caj panggilan 12 sen seminit atau 6 sen dari 1 ke 30 saat dan 6 sen dari 31 ke 60 saat

    4. Kadar SMS Serendah 2 Sen

    - Untuk nombor telefon yang dimasukkan ke dalam 10 Family & Friends

    5. Ganjaran 1800 SMS Percuma (150sms x 12 bulan)

    - untuk sms sama rangkaian

    6. Call serendah 12 sen seminit ke semua rangkaian termasuk talian tetap TM

    - Untuk nombor telefon yang dimasukkan ke dalam 10 Family & Friends

    7. Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Terma “Pay Per Use”

    - “Pay Per Use” bermaksud telco akan kenakan caj mengikut berapa banyak penggunaan kita selepas kuota internet dah habis digunakan. ONEXOX tidak mengenakan “Pay Per Use”. Jadi, tiada risiko kehilangan kredit akibat “Pay Per Use”.

    8. Season Pass. Ada promosi tetap dan promosi mingguan

    - Ia ibarat BANK yang menyimpan kuota data, masa berbual dan sms.

    - Untuk gunakan data, perlu hantar arahan sms atau melalui menu *150#

    - Bagi kuota masa berbual dan sms, ia boleh terus digunakan secara automatik

    - Tarikh tempoh sah data hanya akan dikira setelah ia dikeluarkan dari Season Pass. Jika tidak
      dikeluarkan, maka ia tersimpan untuk tempoh yang lama mengikut tempoh sah akaun prepiad anda.

    9. Kredit PERCUMA

    - Melalui program "User Get User", pengguna yang sedia ada akan mendapat 6% dari nilai topup yang dibuat oleh pengguna lain yang diperkenalkan oleh pengguna itu sendiri.

    - Lagi ramai kenalan atau ahli keluarga yang anda kenalkan kepada ONEXOX, maka lebih banyak kredit yang anda dapat.

    10. Peluang perniagaan yang mudah dalam bisnes telekomunikasi

    - Pilih antara modal RM90 atau RM278

    - Berniaga sambil bantu orang berjimat cermat


    Peluang dibuka pada pengguna prabayar ONEXOX
    Pilih antara modal RM90 atau RM278


    Hubungi saya di Whatsapp 0l2 3l2 3705 untuk membeli prabayar ONEXOX. Lokasi perkhidmatan sekitar Jalan Hang Tuah, Melaka, Alor Gajah, Melaka dan Pekan Tampin, Negeri Sembilan.

    Read More

    28 Mac 2017

    Apakah maksud Season Pass (Pas Musim) ONEXOX ?

    5:37 PTG  Informasi  No comments


    Season Pass adalah salah satu perkhidmatan terkini yang disediakan untuk pelanggan prabayar ONEXOX. Ia merangkumi pakej kuota data, masa berbual dan sms.


    Apa itu Season Pass ?

    - Ia adalah umpama bank yang menyimpan kuota data, masa berbual serta sms.

    Tempoh sah data ?

    - Tempoh sah kuota data hanya akan mula dikira apabila pengguna MENGELUARKAN dari simpanan.

    - Jangka hayatnya mengikut jumlah kuota yang dikeluarkan, sama seperti pakej biasa jualan data.

    - Contohnya pelanggan membuat langganan internet 1GB. Maka tempoh sah langganan data itu adalah 30 hari. 

    Data akan ditamatkan setelah mencapai 30 hari penggunaan. Dalam waktu berkenaan selagi masih ada baki kuota data, pengguna boleh terus menggunakannya. 

    Pelanggan biasanya akan menerima SMS peringatan setelah 80% penggunaan dan anda juga akan menerima SMS 100% penggunaan atau dalam masa 24 jam sebelum tempoh masa langganan tamat.


    Selepas pelanggan melanggan Plan Season Pass adakah data terus boleh digunakan?

    - Tidak. Data di dalam SEASON PASS perlu diaktifkan terlebih dahulu.

    - Untuk mengaktifkan Data di dalam SEASON PASS, anda hanya perlu membuat langganan pelan internet yang terdapat di dalam Easy Menu *150#. 

    Sebagai contoh; anda ingin melanggan internet 500MB, jadi anda perlu memilih langganan pelan internet 500MB/30 hari yang terdapat dalam Easy Menu *150#.

    Setelah berjaya dilanggan, barulah data tersebut aktif dan internet boleh digunakan.
    Baki Data yang ada di dalam SEASON PASS masih lagi disimpan dan bersifat tidak aktif. Bagi masa berbual dan SMS pula, ianya terus aktif dan terus boleh digunakan.

    Ini bermaksud setelah SEASON PASS dilanggan, jika langganan tersebut terdapat Masa Berbual dan SMS, ianya akan digunapakai terlebih dahulu manakala kredit sama ada dalam akaun DA atau MA tidak ditolak selagi Masa Berbual dan SMS masih ada berbaki di dalam akaun SEASON PASS.

    Secara mudahnya, hanya Kuota Data sahaja yang bersifat tidak aktif selagi pengguna tidak membuat langganan plan internet.


    Pakej langganan Season Pass boleh dibeli dengan memilih pakej sedia ada (kuantiti besar) ataupun menunggu dan memilih promosi mingguan yang mempunyai kuantiti yang lebih kecil.



    Read More

    Video ucapan CEO ONEXOX di Gala Dinner 2017

    11:08 PG  Informasi  No comments


    Berikut adalah video ucapan ringkas dari CEO OneXOX di Gala Dinner 2017 yang berlangsung pada 25 Mac 2017 di PICC Putrajaya.




    Credit to : KhaiRul GnoLa

    Read More

    07 September 2016

    Tips untuk merembo kad sim

    8:10 PTG  Informasi  No comments


    Berikut adalah tips atau kaedah khusus untuk dealer-dealer ONEXOX SENDIRIAN BERHAD mempromosikan (merembo) kadsim penjimatan dari ONEXOX. Tips ini diberikan oleh AD Awal Uker.

    • Sediakan lapik keras yang ada klip tu, klip flyers pada lapik tu. Klip sekali kertas kosong kat belakang flyers. 

    • Jangan duduk kat meja tapi berdiri jauh sikit daripada meja.

    • Pegang simkad. Orang lalu tunjuk sim dan flyers, lontar suara sikit sebut, "Simkad jimat bang/simkad panjang umur kak, tahan lebih 2 TAHUN tak topup pun tak apa!"

    • Kalau dia macam terhenti dan menoleh kepada kita, terus pegi dekat

    • Kita tanya, "Abang pakai bil ke prepaid?"

    • Kalau dia jawab prepaid, terus tunjuk baki kredit fon kita tanpa lengah dan catit pada kertas. Abaikan dulu hal flyers. 

    Objektif utama kita nak dia tengok demo sesegera mungkin. TAK PAYAH AYAT BERBUNGA SANGAT.

    👉 Call dia 15 saat
    👉 Check balik baki kita
    👉 Catit. Tunjuk kat dia
    👉 Call dia semula 5 saat
    👉 Check baki kita
    👉 Catit. Tunjuk kat dia

    • Pastu tanya dia, "Abang nak try abang punye pulak? Paling tidak pun abang boleh tau berapa rate sebenar abang kena selama ni."

    👉 Ulang semula macamana kita call dia tadi.

    👉 Tunjuk kat dia betapa bezanya rate call dia dengan kita...

    • Terangkan kelebihan kita

    1. Call murah...saya tunjuk demo kat abang dah tadi. Kita punye barang bukan sembang ja.. Tunjuk bukti dulu baru cerita.

    2. Validity 28 bulan/ 2 TAHUN 4 BULAN 

    3. F&F 6 sen 30 saat, 10 nombo semua rangkaian....kalau prepaid² lain sesama sendiri je.

    4. Internet boleh beli bundle, simpan stok data valid sama macam validity kredit dan pakai sikit². 

    Kalau ambil pakej RM109.90/8 GB tu jatuh harga RM13.70/1 GB ja. Siap dapat FREE CALL 50 minit. SPEED tak yah cakap la. Tunjuk terus stream Youtube depan dia. 

    5. UGU(user get user) kalau rekemenkan member dapat 6% dari topup member tu.

    • Nak close, tanya, "Abang nak kekalkan nombor lama ke nak ambil nombor baru?"

    • Mintak IC, daftarkan. 

    Terima kasih...

    #usahawanmelaka #onexox

    Read More

    22 Mei 2016

    Tambahan Kuota Data One XOX

    10:46 PG  Informasi  No comments








    Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

    Bagi memberi lebih banyak nilai dan ganjaran kepada para pengguna setia ONEXOX, syarikat dengan ini berbesar hati untuk memberikan tambahan kuota kepada beberapa pelan data seperti berikut.

    1. DATA D100MB/1XD100
    KUOTA: 100MB -> 150MB*
    HARGA: RM3

    2. DATA D250MB/1XDAILY
    KUOTA: 250MB -> 350MB*
    HARGA: RM7

    3. DATA W250MB/1XD250
    KUOTA: 250MB -> 350MB*
    HARGA: RM10

    *perubahan ini telah berkuat-kuasa pada  19 Mei 2016.

    Sila war-warkan kepada semua pengguna ONEXOX di seluruh Malaysia. Harap maklum.

    Read More

    17 Mei 2016

    Setkan Access Point Name di telefon pintar

    4:43 PTG  Informasi  No comments


    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Ada sesetengah user ONEXOX akan mengalami signal internet (data) di telefon menjadi "E" terutamanya yang menggunakan sistem Android. Ini menjadikan kadar kelajuan data adalah perlahan seperti tahap 2G. 

    Secara "default", APN (Access Point Names) untuk telefon yang dimasukkan kadsim ONEXOX menggunakan setting dari Celcom.


    Oleh itu anda perlu mengubah setting APN ini dengan cara seperti di bawah :


    setting >wireless & network >mobile network > access point name


    1. Apa yang anda perlu buat ialah first pergi ke Setting > Wirelesss & Network  > Mobile network > Access Point Name.
    2. Pilih Access Point Name kemudian klik menu pilih New APN dan isikan maklumat dekat bawah ni.
                      
    Name : ONEXOX terbaik atau xox (nama boleh diisi dengan apa-apa yang anda suka)
    APN : xox3g
    Proxy : abaikan
    Port : abaikan
    MCC : abaikan
    MNC : abaikan
    bila dah selesai…tekan MENU button dan SAVE. 



    Selepas "save", pastikan anda pilih setting yang anda buat tadi dengan menandakannya.
    Pilih ONEXOX


    Anda juga boleh merujuk pada panduan bergambar di bawah :





    Read More

    Persediaan MNP (Port-in) ke ONEXOX

    4:19 PTG  Informasi  No comments


    Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

    Untuk makluman kepada semua pengedar, sebelum membuat permohonan MNP, pengedar digalakkan untuk memberikan penjelasan lanjut kepada pengguna berhubung prosedur dan juga "risiko-risiko" semasa membuat pendaftaran MNP.

    ********************************************************************************************
    PERSEDIAAN SEBELUM MNP / PORT IN KE ONEXOX


    PELANGGAN POSTPAID

    * Pastikan pelanggan itu adalah pemilik nombor tersebut . (nama pelanggan itu sendiri yang berdaftar semasa dengan telco lama)

    * Nombor tersebut didalam keadaan AKTIF tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dgn apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.

    * Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP. Byr bill terkini.. lebihkan sikit bayaran rm5 ke atas bergantung pd penggunaan sebab proses mnp ambil masa 1-5 hari waktu bekerja.

    * Bebas kontrak - Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dgn penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP.

    * Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line) , setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.


    PELANGGAN PREPAID

    * Pastikan pelanggan itu sendiri ialah pemilik nombor tersebut (nama pelanggan itu sendiri yang berdaftar semasa dengan telco lama).

    * Pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan utk permohonan MNP adalah sama dgn butiran yg diberikan semasa mendaftar dgn langganan sedia ada.

    * Langganan tersebut dalam keadaan AKTIF. P/s : Proses MNP (Mobile Number Portability) mengambil masa 1 hari hingga 5 hari bekerja.

    * Tidak membuat sebarang pinjaman kredit.

    Harap maklum.

    Read More
    Catatan Lama Laman utama
    Langgan: Catatan (Atom)
    • Popular
    • Tags
    • Blog Archives

    Jom Daftar

    Jom Daftar
    Autrorised Dealer ( DYSD21131 ) - Whatsapp : Ol231237O5
    • Signal ONEXOX kadang kala tak ok? Ini sebabnya
      Dalam masa beberapa ketika kebelakangan ini, terdapat gangguan pada masa tertentu pada kualiti capaian internet dan signal ONEXOX. Ada b...
    • Apakah maksud Season Pass (Pas Musim) ONEXOX ?
      Season Pass adalah salah satu perkhidmatan terkini yang disediakan untuk pelanggan prabayar ONEXOX. Ia merangkumi pakej kuota data, masa...
    • Port Out dan Port In semula : Dapat lagi tak tempoh sah 28 bulan?
      Untuk makluman dan jawapan muktamad berkenaan dengan persoalan " adakah nombor telefon ONEXOX yang telah " port out " ke ...

    Mengenai Saya

    Admin
    Lihat profil lengkap saya
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Like Facebook Onexox Tanjung Rimau

    Like Facebook Onexox Tanjung Rimau
    Klik untuk ke Fan Page Facebook

    Labels

    • Informasi (26)
    • Perniagaan (4)

    Blog Archive

    • ▼  2019 (2)
      • ▼  April (1)
        • Pameran teknologi 5G di Putrajaya
      • ►  Januari (1)
    • ►  2018 (4)
      • ►  April (1)
      • ►  Januari (3)
    • ►  2017 (14)
      • ►  Ogos (1)
      • ►  Julai (1)
      • ►  Jun (4)
      • ►  April (5)
      • ►  Mac (3)
    • ►  2016 (4)
      • ►  September (1)
      • ►  Mei (3)
    • ►  2015 (8)
      • ►  Disember (2)
      • ►  November (2)
      • ►  Oktober (4)

     
    • Kelebihan ONEXOX

      Kelebihan ONEXOX
    • Berhijrah pada yang patuh syariah

      Berhijrah pada yang patuh syariah
    • Promosi

      Promosi
      Sila dapatkan maklumat dari Dealer yang sah
    Copyright © ONEXOX Prepaid Tanjung Rimau | Powered by Blogger
    Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Themes
    NewBloggerThemes.com