• Laman utama
  • Tentang OneXOX
  • USER GET USER (UGU)
  • Langgan ONEXOX
  • Soalan Biasa
  • TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail

ONEXOX Prepaid Tanjung Rimau

Menyediakan maklumat mengenai penjimatan prabayar dan program keusahawanan Prabayar ONEXOX di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka

    ONEXOX : Prabayar yang membantu anda BERJIMAT - Hubungi Dealer Ahmad Zaki (DYSD21131) - Whatsapp : 012 312 3705

    01 Januari 2018

    Teknologi komunikasi 4G dan LTE

    11:32 PG  Informasi  No comments


    Semasa anda melihat promosi alatan mudah alih telekomunikasi, biasanya singkatan-singkatan seperti CDMA, 3G, GSM, LTE, UMTS, 4G, NFC dan sebagainya akan muncul untuk menerangkan fungsi-fungsi yang ditawarkan padanya. Tidak ketinggalan, terma seperti 4G dan LTE turut diuar-uarkan sebagai salah satu fungsi yang ditawarkan pada sesetengah telefon pintar.

    Secara ringkasnya, huruf “G” yang di dalam 4G membawa maksud “Generasi”. Ini kerana 4G merupakan generasi keempat di dalam perubahan teknologi data mudah alih menurut sektor radio Kesatuan International Telecommunication Union (ITU-R). Manakala LTE pula adalah singkatan untuk “Long Term Evolution” dan dirujuk secara amnya pada pembangunan kelajuan jalur lebar tanpa wayar untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

    Apa itu 3G?


    Apabila rangkaian 3G mula dilaksanakan, ia telah menggantikan 2G. Protokol rangkaian yang ditawarkan oleh 2G adalah tahap rangkaian asas yang kini dianggap perlu ada pada mana-mana telefon pintar seperti fungsi membuat panggilan telefon, permesejan teks asas dan MMS.

    Melalui pengenalan 3G, format data yang lebih besar dapat diakses termasuklah halaman HTML biasa, video dan muzik. Kelajuannya masih lagi dianggap sebagai perlahan, tetapi jauh lebih baik berbanding sambungan 2G yang digunakan sebelum itu.

    Apa itu 4G?


    ITU-R telah menetapkan piawaian sambungan 4G pada bulan Mac 2008. Bagi kegunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, kelajuan sambungan yang perlu dipatuhi sekurang-kurangnya 100 MB/s dan untuk stesen pemancar pula perlu sekurang-kurangnya 1GB/s.

    Sewaktu piawaian ini diumumkan, ramai yang tidak menyangka ianya boleh dicapai memandangkan kelajuan berkenaan pada kebiasannya digunakan oleh para pembangun teknologi. Namun, lama-kelamaan pembangunan teknologi sambungan mudah alih telah pun ada yang mampu mencapai apa yang telah ditetapkan oleh ITU-R sebagai 4G.

    Apa itu LTE?


    LTE membawa maksud “Long Term Evolution” . Ia tidak ditakrifkan sebagai teknologi kerana dan ia lebih merujuk kepada usaha ke arah 4G. Oleh itu, apabila telefon pintar anda memaparkan simbol 4G pada sambungannya, ia tidak semestinya mampu mencapai kelajuan yang telah ditetapkan oleh ITU-R.

    Hal ini kerana pada peringkat awal pembangunan rangkaian 4G, tahap minima kelajuan 4G sebenar yang ditetapkan oleh ITU-R adalah sukar untuk dicapai. Sungguhpun syarikat-syarikat teknologi membuat pelaburan yang besar untuk membangunkan teknologi sambungan berkenaan.

    Untuk itu, badan piawaian berkenaan telah bersetuju untuk membenarkan LTE dilabelkan sebagai 4G. Asalkan kelajuan yang ditawarkan jauh lebih baik dari sambungan 3G.

    Oleh sebab itu, penyedia-penyedia rangkaian mula memasarkan rangkaian mereka sebagai 4G LTE tanpa perlu mematuhi syarat minima untuk mencapai tahap 4G yang sebenar.

    Tambah mengelirukan lagi, terma LTE-A (Long Term Evolution Advanced) turut digunakan oleh sesetengah penyedia rangkaian untuk menyatakan tahap teknologi yang ditawarkan mereka kini semakin hampir mencapai tahap kelajuan 4G sebenar. Bezanya dari LTE biasa adalah, ianya lebih pantas dan lebih stabil.

    Kelajuan


    Jadi soalnya, adakah kita dapat merasai perbezaan kelajuan diantara 4G dan LTE? Mungkin tidak ada perbezaan diantara kedua-duanya melainkan anda tinggal di bandar-bandar utama yang berpenduduk ramai seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan sebagainya.

    Namun, melalui kehadiran LTE-A, kelajuan yang ditawarkan oleh teknologi rangkaian terkini ini merupakan sambungan rangkaian tanpa wayar terpantas yang mampu ditawarkan setakat ini.

    Kesesuaian sambungan

    Syarat sah rangkaian 4G memerlukan dua komponen; pertama, rangkaian yang menyokong kelajuan yang diperlukan dan yang kedua, peranti yang boleh bersambungan ke rangkaian serta memuat turun pada kelajuan yang telah ditetapkan.

    Ini bermakna, jika anda memiliki telefon pintar yang dilengkapi sambungan 4G LTE, ia tidak menjadikan anda terus mampu memuat turun pada kelajuan 4G sekiranya rangkaian disekitarnya tidak menawarkan sokongan untuk sambungan berkenaan.

    Pilihan terbaik untuk pengguna prabayar di Malaysia


    Langkah berikutnya


    Pada masa ini, terdapat penyedia-penyedia rangkaian yang sedang giat mengusahakan sambungan jalur lebar mudah alih generasi kelima. Ringkasnya 5G. ITU-R juga sedang merangka draf untuk menetapkan piawaian yang perlu dipatuhi untuk ditakrifkan sebagai 5G.

    Berdasarkan apa yang telah berlaku pada perkembangan teknologi 4G, berkemungkinan besar teknologi 5G ini akan hadir seawal tahun 2020. Atau mungkin lebih lewat lagi bergantung kepada tahap sejauh mana perkembangan teknologi jalur lebar tanpa wayar mencapai tahap kemajuannya.

    * Sumber : AAP

    Read More

    20 Ogos 2017

    Centre dan Mini Centre OneXOX di Kedah

    7:58 PTG  Informasi  No comments


    CENTRE :

    ONEXS005,
    NO. 197, JALAN MELOR 1/6,
    PERSIARAN AMANJAYA 5, BANDAR AMANJAYA,
    08000, SUNGAI PETANI, KEDAH

    Nombor Telefon : 010-8368636

    CENTRE :

    ONEXS0041,
    C MART, LOT 6, JALAN INDUSTRI DARULAMAN 1, BANDAR DARULAMAN,
    06000, JITRA, KEDAH,

    Nombor Telefon : 01120763006 / 0103111718

    MINI CENTRE :

    ONES0072, NO 7, KOMPLEKS ANGSANA,
    06300, KUALA NERANG, KEDAH.

    Nombor Telefon : 010-3232782 / 013-4761818

    MINI CENTRE :

    ONES0052, NO 16,TINGKAT ATAS JALAN MAHSURI 1-C,
    BANDAR DARULAMAN,
    06000, JITRA, KEDAH.

    Nombor Telefon : 0111-3000757 / 04-9172597

    MINI CENTRE :

    ONES0108, LOT 4500 (DEPAN SMB),
    KAMPUNG POKOK SENA , 09100, BALING, KEDAH.

    Nombor Telefon : 0106029888

    Read More

    28 Julai 2017

    XOX make move to Indonesia

    6:39 PTG  Informasi  No comments

    XOX partners telco, Islamic charitable body to take Voopee to Indonesia


    KUALA LUMPUR (July 28): Virtual mobile network operator XOX Bhd is partnering an Indonesian telecommunication services company (telco) to take its Voopee mobile solution to Indonesia.

    In a filing with Bursa Malaysia today, XOX said its wholly-owned subsidiary XOX Media Sdn Bhd has entered into a memorandum of understanding (MoU) with telco PT Inovasi Telematika Nusantara and Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) to conduct a study, with plans to deploy the Voopee solution under the Nahdlatul Ulama branding to be adopted by PBNU members.

    PBNU is an Islamic charitable body funding schools and hospitals, as well as organising communities to help alleviate poverty.

    XOX said the MoU will remain in force for six months or until a commercial agreement is entered between the parties.

    "The MoU is not expected to have any material effects on the share capital and shareholding structure of the company. However, it is expected to have positive contribution to the earnings per share and net assets per share of the group should the MoU be subsequently commercialised," it added.

    At 3.32pm, XOX shares were up 0.5 sen or 4.76% at 11 sen, with 525,200 shares traded, giving it a market capitalisation of RM89.44 million.

    Read More

    21 Jun 2017

    Menabung kredit & point vs menabung data

    2:05 PG  Informasi  No comments


    Dulu menabung kredit dan point dalam prepaid. Sekarang dengan ONEXOX menabung data !

    ONEXOX Sendirian Berhad melalui ONEXOX Prepaid adalah syarikat telekomunikasi (BUKAN PROGRAM RUJUKAN) yang menawarkan pengalaman mengujakan bagi pengguna prepaid yang belum pernah wujud di Malaysia sebelum kemunculan kami pada tahun 2013.

    "JIMAT" adalah perkataan yang begitu sinonim dengan ONEXOX sehingga dibenci oleh sekelompok ejen prabayar yang lain yang MENGUMPAN rakyat Malaysia dengan perkataan "PERCUMA".

    Apa yang ONEXOX tawarkan kepada rakyat Malaysia buat masa ini ?

    Jawapan :

    *Tempoh Sah Kredit 28 Bulan (850 Hari / 2 tahun 4 bulan).

    - Ia akan berlanjutan setiap kali topup kredit dibuat. RM1 bersamaan dengan 1 hari.

    *Kadar Panggilan Serendah 5 sen (10 saat ke bawah)

    - ONEXOX menawarkan kadar panggilan serendah 5 sen (bawah 10 saat) ke semua rangkaian termasuk talian tetap TM. Bila panggilan termasuk “voicemail”, pengguna hanya dicaj 5 sen.

    *Senarai 10 Keluarga & Rakan.

    - Caj panggilan 12 sen seminit atau 6 sen dari 1 ke 30 saat dan 6 sen dari 31 ke 60 saat berikutnya

    - Panggilan caj murah ini ke semua rangkaian termasuk talian tetap TM

    *Kadar SMS Serendah 2 Sen

    - Untuk nombor telefon yang dimasukkan ke dalam 10 Family & Friends

    *Ganjaran 1800 SMS Percuma (150sms x 12 bulan) 

    - untuk sms sama rangkaian
    » opss...ini yang betul² percuma tau, pasti dapat 😅

    *Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Terma “Pay Per Use”

    - “Pay Per Use” bermaksud telco akan kenakan caj mengikut berapa banyak penggunaan kita selepas kuota internet dah habis digunakan. ONEXOX tidak mengenakan “Pay Per Use”. Jadi, tiada risiko kehilangan kredit akibat “Pay Per Use”.

    *Season Pass. Ada promosi tetap dan promosi mingguan

    - Ia ibarat BANK yang menyimpan kuota data, masa berbual dan sms.

    - Untuk gunakan data, perlu hantar arahan sms atau melalui menu *150#

    - Bagi kuota masa berbual dan sms, ia boleh terus digunakan secara automatik

    - Tarikh tempoh sah data hanya akan dikira setelah ia dikeluarkan dari Season Pass. Jika tidak 
      dikeluarkan, maka ia tersimpan untuk tempoh yang lama mengikut tempoh sah akaun prepaid anda.

    *Kredit PERCUMA (ini pun betul² dapat punya, wa tak bohong, wa sembahyang punya olang)

    - Melalui program "User Get User", pengguna yang sedia ada akan mendapat 6% dari nilai topup yang dibuat oleh pengguna lain yang diperkenalkan oleh pengguna itu sendiri.

    - Lagi ramai kenalan atau ahli keluarga yang anda kenalkan kepada ONEXOX, maka lebih banyak kredit yang anda dapat.

    *Peluang perniagaan yang mudah dalam bisnes telekomunikasi

    - Pilih antara modal RM90 atau RM278

    - Berniaga sambil bantu orang berjimat cermat tanpa perlu menyewa kedai

    «»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»

    Pengedar ONEXOX dari Alor Gajah, Melaka {DYSD21131}
    Whatsapp ---» Ol23123705
    atau klik ---» http://Prabayaronexox.wasap.my untuk membuka terus aplikasi Whatsapp anda

    I am :

    - Ex Maxis User 13 years
    - Ex Digi User, 3 or 4 month (maybe)
    - Ex Celcom User, maybe more then 1 years
    - Ex Umobile User, also 3 or 4 month (maybe)

    Read More

    20 Jun 2017

    Tips merembo ONEXOX dari Budi Mulyadi

    6:24 PTG  Informasi  No comments


    Lagi beberapa hari kita nak raya. Di sini ada tips-tips untuk dealer mencari peluang bila beraya balik kampung atau ziarah rumah kawan-kawan. Yang penting kita perlu peka dan prihatin terhadap peluang yang mungkin muncul bila-bila masa.



    Tips untuk merembo ketika di hari raya ini asalnya telah dikongsikan oleh seorang Dealer ONEXOX dari Bintulu, Sarawak melalui group Facebook :


    1) Dah ucap salam bersalam salaman tu, tengok ada wifi ke tidak rumah tu. Kalau ada, buka lah cerita tanya unifi ke stmyx. Bla bla bla then lencong terus ke simkad. 

    2) Balik kampung tu bawa lah simkad sekali. Manalah tahu kot2 line telco lain slow or takde signal ke, time ni la no tak lawa pun org akan beli. 😂😂😂

    3) Standby erecas awal2. Kat kampung xde cdm machine. Takde AD2 n MD2 nak layan utang lama2. 

    4) Lepak dengan member² kampung, kalau line tip top, ikut topik yang dibincangkan, then cari je video yang ada kena mengena dengan topik tu kat you tube, main bola ke, gol cantik ke, arsenal kalah ke. Kalau cerita artis buka la pasal artis, tok lebai buka video ceramah. Contoh je. 

    5) Bila ada mnp, janganlah bagitau user tu 24jam. Cuti panjang tu 5 ari. Nak daftar ok, tp bagitau je proses 5 hari bekerja. Nanti  user marah2 tak jadi mnp. Dah tu marah kat dmt tak proses. 

    6) Ada user toneplus/excel, tunetalk, redone, maxis, tronexus paling senang nak tarik. Layan sampai dapat user² ni. Wajib mnp tone, tune, tronexus, redone dan maxis 😂😂😂.

    Ok selamat berpuasa. Semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan inshaallah. 

    * Yang utamanya ialah kita menyampaikan kalam (maklumat) penjimatan yang ada disediakan oleh prabayar ONEXOX untuk pengguna telekomunikasi di Malaysia.

    Pesanan saya (DYSD21131- Dealer di Alor Gajah, Melaka)

    * Kita berniaga sambil membantu rakyat berjimat. Berniaga ikut sunah. Ini baru betul 😁😊😄


    Kredit : Budi Mulyadi (atas perkongsian tips di Facebook)

    Read More
    Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
    Langgan: Catatan (Atom)
    • Popular
    • Tags
    • Blog Archives

    Jom Daftar

    Jom Daftar
    Autrorised Dealer ( DYSD21131 ) - Whatsapp : Ol231237O5
    • Signal ONEXOX kadang kala tak ok? Ini sebabnya
      Dalam masa beberapa ketika kebelakangan ini, terdapat gangguan pada masa tertentu pada kualiti capaian internet dan signal ONEXOX. Ada b...
    • Apakah maksud Season Pass (Pas Musim) ONEXOX ?
      Season Pass adalah salah satu perkhidmatan terkini yang disediakan untuk pelanggan prabayar ONEXOX. Ia merangkumi pakej kuota data, masa...
    • Port Out dan Port In semula : Dapat lagi tak tempoh sah 28 bulan?
      Untuk makluman dan jawapan muktamad berkenaan dengan persoalan " adakah nombor telefon ONEXOX yang telah " port out " ke ...

    Mengenai Saya

    Admin
    Lihat profil lengkap saya
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Like Facebook Onexox Tanjung Rimau

    Like Facebook Onexox Tanjung Rimau
    Klik untuk ke Fan Page Facebook

    Labels

    • Informasi (26)
    • Perniagaan (4)

    Blog Archive

    • ▼  2019 (2)
      • ▼  April (1)
        • Pameran teknologi 5G di Putrajaya
      • ►  Januari (1)
    • ►  2018 (4)
      • ►  April (1)
      • ►  Januari (3)
    • ►  2017 (14)
      • ►  Ogos (1)
      • ►  Julai (1)
      • ►  Jun (4)
      • ►  April (5)
      • ►  Mac (3)
    • ►  2016 (4)
      • ►  September (1)
      • ►  Mei (3)
    • ►  2015 (8)
      • ►  Disember (2)
      • ►  November (2)
      • ►  Oktober (4)

     
    • Kelebihan ONEXOX

      Kelebihan ONEXOX
    • Berhijrah pada yang patuh syariah

      Berhijrah pada yang patuh syariah
    • Promosi

      Promosi
      Sila dapatkan maklumat dari Dealer yang sah
    Copyright © ONEXOX Prepaid Tanjung Rimau | Powered by Blogger
    Design by NewWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Themes
    NewBloggerThemes.com